in ,

Lebih 40 negara terima pengembara dari Malaysia lengkap vaksin

Putrajaya – Pada Ahad lalu, serentak mengumumkan kebenaran rentas negeri kepada individu yang lengkap divaksin mulai 11 Oktober ini, kerajaan juga turut bersetuju untuk membenarkan rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke luar negara tanpa melalui My Travel Pass Jabatan Imigresen Malaysia.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengembara masih perlu menjalani kuarantin wajib setelah pulang ke tanah air.

Sehingga kini terdapat lebih 40 negara yang menerima pelancong dari Malaysia yang sudah lengkap divaksin tanpa perlu menjalani kuarantin.

Mulai 4 Oktober lepas, pengembara yang bukan daripada negara yang disenarai ‘merah’, lengkap divaksin dan disahkan negatif COVID-19 menerusi ujian RT-PCR sewaktu ketibaan dibenarkan memasuki United Kingdom dan kepulauan sekitarnya tanpa perlu menjalani kuarantin.

Bagi pengembara ke Jordan pula perlu melengkapkan borang, dapatkan kod QR dan perlu negatif ujian RT-PCR dalam tempoh sekurang-kurangnya 72 jam sebelum berlepas. Sejurus tiba, pengembara yang telah lengkap vaksin termasuk anak, wajib menjalani saringan ujian RT-PCR.

Pengembara ke Maldives yang lengkap divaksin tidak perlu menjalani kuarantin, kecuali pada mereka yang tiba dari UK. Pengembara yang tiba dari UK dan lengkap divaksin perlu dikuarantin empat hari, manakala yang tidak divaksin perlu dikuarantin 14 hari. Pengembara hanya perlu lampirkan keputusan negatif RT-PCR yang dibuat dalam tempoh 96 jam.

Pelancong ke Dubai (UAE) kini boleh memohon Visa Pelancong dengan syarat lain adalah negatif ujian RT-PCR dalam tempoh 72 jam sebelum berlepas.

Selain itu, Brazil, Kanada, Mesir, Belanda, Pakistan serta Turki antara negara yang membenarkan kemasukan individu yang lengkap divaksin, bebas COVID-19 dan tidak perlu jalani kuarantin.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tertuduh kes basikal lajak kekal dibebas dan dilepaskan

Terpalit kes dadah, pengarah harap pelakon berubah