in , ,

Lebih 30 kartunis tempatan jayakan Pameran Kartun Rasuah Sebagai Budaya

Kuala Lumpur: Pelukis kartun politik popular Malaysia, Zulkiflee Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar hari ini selamat merasmikan Pameran Kartun Rasuah Sebagai Budaya.

Berlangsung dari 1 September hingga 30 September 2021, pameran kartun diadakan secara maya ini telah dianjurkan galeri online Craftora dengan sokongan Malaysia Reform Initiative (MARI), USAID dan Kedutaan Amerika Syarikat.

Diketuai Zunar, seramai 35 kartunis tempatan antaranya Airis, Apix Iskandar, Syafinaz, Hamali Lego, Zi Han, ChuOrn, Gandum, Haili, Joca, Azmi Hussin, Megat, Nixon, Shika serta Jonos telah bergabung bersama sambil menzahirkan sudut pandangan dan perspektif seni masing-masing secara kreatif sempena pameran ini.

Menurut Zunar, sekarang ini kartun telah muncul sebagai medium yang sangat berkesan di era komunikasi digital.

“Rasuah pula merupakan genjala yang kian menular sehingga menjadi sebahagian dari budaya masyarakat kita dan penyakit ini harus dibendung dengan pelbagai cara,” tambah beliau ketika ditemu-ramah Big Blue TV.

Sebanyak 109 karya kartun yang kritis, pedas serta lucu hasil sentuhan kartunis-kartunis senior mahupun yang muda telah di pamerkan dan orang ramai boleh ikut serta ke Pameran Kartun Rasuah Sebagai Budaya menerusi laman sesawang https://craftora.com/.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ismail Sabri mempengerusi mesyuarat kabinet pertama secara maya

Ziyad Terlepas Mempertahankan Pingat Emas