in ,

Larian Amal Pelari Veteran Sejauh 1,600km Rentas Borneo Demi Kumpul Dana

Jenama gula-gula sukan tempatan, Himalaya Salt Sports Candy, melangkaui sempadan menerusi larian amal solo Trans Borneo 1600 disempurnakan oleh pelari jarak jauh veteran, Steven Ong bagi merentas dua negeri terbesar Malaysia serta Brunei September lalu. 

Bermula dari penghujung barat laut Sarawak di Teluk Melano, dikenali sebagai ‘Batu Sifar’ Lebuhraya Pan Borneo sehingga ke Tanjung Simpang Mengayau (Tip of Borneo) Kudat, Sabah, mengambil masa 21 hari buat Ong, 43, untuk menyudahkan jarak sejauh 1,600 kilometer (km). 

Menahan terik matahari, hujan, kaki yang melecet malah kecederaan buku lali, Ong cekal meneruskan impiannya untuk berlari merentas pulau ketiga terbesar di dunia itu.

Katanya, misi itu satu pengalaman yang menakjubkan, berlari dari penghujung Sarawak sehingga ke penghujung Sabah dan menyaksikan pelbagai tempat di sepanjang laluan.

Ong berkata, sepanjang perjalanan adakalanya dia disambut oleh beberapa pelari yang turut menyertai larian itu untuk jarak tertentu atau penyokong yang memberi semangat sekaligus menjadi satu detik kemuncak dalam misi itu.

Ong (kanan) bersama beberapa peserta larian amal sentiasa mematuhi SOP ditetapkan.

“Pencapaian ini dapat disempurnakan dengan jenama seperti Himalaya Salt Sports Candy yang sentiasa menyokong dan memperkasakan golongan seperti saya di seluruh dunia untuk menjalani kehidupan yang sihat,” katanya.

Bagi meraih dana untuk menjalankan kerja amal, Trans Borneo 1600 mengundang pelari jarak jauh dari seluruh Malaysia untuk menyertai Ong menerusi cabaran larian virtual yang mana peserta perlu mencapai matlamat 1,600km sepanjang bulan September, sama ada menerusi larian atau berbasikal secara berkumpulan, pada masa dan tempat mengikut kesesuaian mereka serta mematuhi garis panduan kawalan pandemik Covid-19.

Pandemik berkenaan yang menjejaskan kehidupan berjuta-juta manusia di seluruh dunia merupakan salah satu penyebab di sebalik acara amal ini.  Berdasarkan pengalaman Ong sendiri yang turut terjejas kehidupannya ketika di awal perintah kawalah pergerakan, beliau berazam membantu mengumpul dana untuk disalurkan kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang menyediakan bantuan kepada mereka yang terjejas akibat pandemik koronavirus. 

Larian amal virtual menarik 914 penyertaan dan berjaya mengumpul kira-kira RM30,000 yang akan disumbangkan kepada empat NGO – Persatuan Porter Gunung Kinabalu Sabah, Persatuan Pendidikan Kanak-kanak Mabul Sabah, Persatuan Kebajikan Harapan Kuching (Hope Place) dan Under One Roof / Mari Makan.

Ong (kiri) menyempurnakan larian amal sejauh 1,600km selama 21 hari.

Tidak asing dalam dunia larian jarak jauh, Ong meraih pengalaman larian secara kompetitif di seluruh dunia dan memegang beberapa kejuaraan iaitu 2018 Malaysia Titi Ultra Maraton 250km Juara; 2017 Asia Trail Master Juara Keseluruhan; 2017 Thailand Panoramic Ultra Trail 160km   Juara; 2017 Sepanyol Al Andalus Ultimate Trail 230km Multi-Stage Ultra  Juara dan 2017 Perancis UTMB-TDS 120km.

.Pelari veteran yang sudah menempuh dunia larian selama 30 tahun ini turut berkongsi nasihat antaranya mengikuti jadual latihan yang betul merupakan kunci kejayaan kerana latihan berterusan akan memberikan anda keyakinan dan kekuatan mental untuk bersedia menghadapi apa jua pertandingan atau acara. 

Selain itu katany, satu lagi aspek penting untuk pelari jarak jauh adalah mengekalkan hidrasi tubuh dan menggantikan mineral yang hilang bagi mengelakkan kekejangan otot dan simptom dehidrasi yang lain.

Himalaya Salt Sports Candy diperbuat daripada garam Himalaya semula jadi. Diperakui Halal, gula-gula pudina yang diperkayakan ini membantu untuk meningkatkan hidrasi, melegakan tekak dan menyegarkan nafas.  Untuk maklumat lanjut mengenai produk layari www.himalayacandy.com.

 

Written by Isz Yusliza

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dakwaan elaun petugas Hospital Kajang tidak dibayar tidak berasas

Little Huffaz Kembali lagi