in ,

Lans Koperal maut motosikal terbabas

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas berdekatan Sungai Kerayong di Jalan Sungai Besi dari Salak South menghala ke ibu negara, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi tadi, mangsa dikenal pasti sebagai Shahrul Azwan Abdul Sain, 28, disahkan maut di lokasi kejadian akibat parah di leher.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata mangsa yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sebagai pengiring rapat untuk Kementerian Pembangunan Luar Bandar, dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum kejadian itu berlaku.

“Sejurus selesai penugasan, anggota itu bergerak pulang ke rumah dan dalam perjalanan motosikal jenis Yamaha 135LC ditunggang mangsa hilang kawalan dan terbabas merempuh penghadang besi di bahu kiri jalan.

“Besi itu dipercayai terkena pada leher mangsa susulan terdapat kesan luka yang dalam.

“Kematian mangsa disahkan pegawai perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di lokasi kejadian. Jenazah mangsa kemudian dibawa ke HUKM Cheras untuk proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Oleh Haffiz Aziz

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takungan air pinggiran sungai akan diwujudkan – Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man

[PILIHAN SABAH] WARISAN dan Perikatan Nasional umum calon bertanding hari ini