in ,

Lambakan wang berselerak di atas lebuhraya

San Diego  – Kalau longgokan sampah bersepah di jalan, tiada siapa pun yang ambil peduli. Tetapi, sekiranya wang tunai berselerak di lebuhraya, ramai pula yang rambang dan ambil kesempatan.

Namun, itulah kejadian yang berlaku di Amerika Syarikat apabila wang tunai jatuh berteraburan daripada trak keselamatan di atas sebuah lebuhraya di sini pada Jumaat lalu, sehingga menyebabkan orang ramai berebut untuk mengutipnya dan mengundang campur tangan polis.

Rakaman video tular di media sosial mengenai insiden itu, menunjukkan orang ramai berebut untuk mengutip wang yang bertaburan di tengah-tengah jalan lebuhraya Interstate 5 di California.


Memetik laporan The Washington Post, Peronda Lebuhraya California (CHP), Sarjan Curtis Martin memberitahu pemberita, bahawa trak keselamatan itu telah menuju dari San Diego ke pejabat Perbadanan Insurans Deposit Persekutuan.

“Kejadian berlaku sekitar jam 1.15 pagi (waktu tempatan) apabila salah satu pintu kenderaan tersebut terbuka dan menyebabkan sebilangan beg berisi wang tunai terjatuh. Salah satu beg yang tercicir itu pecah menyebabkan wang tunai bertaburan di atas jalan.

“Insiden berkenaan menyebabkan sebilangan pemandu meninggalkan kenderaan mereka sehingga menghalang lalu lintas.


‘’Atas sebab apa pun, wang itu jatuh dan berasal dari trak keselamatan. Ia bukan milik orang ramai,’’ katanya.

Pihak polis juga melakukan beberapa tangkapan dan meminta orang ramai yang mengambil wang tersebut supaya mengembalikannya.

Video itu dirakam personaliti kecergasan media sosial, Demi Bagby yang menunjukkan pergerakan lalu lintas yang terhenti dengan orang yang lalu lalang bertindak menyambar wang kertas dengan nilai AS$1 dan AS$20 yang berterabur.

‘’Ini adalah perkara paling gila yang pernah saya lihat,’’ katanya.

Dua tangkapan dibuat di tempat kejadian, lapor media tempatan. Agensi Federal Bureau of Investigation (FBI) telah turut sama terlibat serta menggesa orang ramai yang mengambil wang tercicir itu untuk tampil ke hadapan dan memulangkannya semula.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lelaki rentung terperangkap dalam MPV terbakar

Pemilik restoran siakap ‘harga kayangan’ gagal kemukakan dokumen lengkap