Laksanakan PKP penuh- Asyraf Wajdi Dusuki

Ketua Pemuda UMNO Asyraf Wajdi Dusuki, mahu kerajaan pertimbangkan kembali untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh (total lockdown) dilaksanakan bagi menangani COVID-19.

Beliau mencadangkan agar dilaksanakan selama 21 hari.

Manakala, bantuan kewangan khas perlu disediakan oleh pihak kerajaan.

Malahan, beliau turut mencadangkan sepanjang tempoh PKP penuh itu, bantuan seperti i-Sinar, i-Lestari dan lanjutan moratorium selama tiga bulan tanpa caj tambahan perlu diberikan kepada rakyat.

“Biar kita telan ubat yang pahit sekarang daripada menanggung sakit yang melarat dan berterusan” tulisnya di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *