in ,

Lailer perlu berehat

Pelakon Riena Diana kini berada dalam keadaan stabil selepas ditahan di hospital swasta di Setapak, di sini, kelmarin apabila mengalami muntah-muntah dan lemah tubuh badan.

Menurut laporan Harian Metro, Riena yang popular dengan watak Laila atau Lailer dalam drama bersiri Kampung People itu berkata, dia dinasihatkan doktor untuk berehat buat sementara waktu dan mengumpul semula tenaganya.

Sebelum ini saya ada pihak yang menguruskan kerja-kerja lakonan saya. Namun, apabila sudah tidak ada, jadual saya jadi kurang teratur dan saya terima apa saja tawaran lakonan.

Disebabkan itu, badan saya tak dapat menampung jadual kerja yang padat membuatkan saya jadi terlalu letih hingga jatuh sakit. Mujur saya hanya ditahan selama sehari dan sekarang berehat di rumah,” katanya.

Riena berkata, dia yang mengalami paranoid pada mulanya bimbang jika dijangkiti Covid-19 memandangkan dia menjalani penggambaran di luar.

Sebelum saya jatuh sakit, saya menjalani penggambaran travelog di Pulau Redang sebelum ke Muar, Johor untuk menjalani penggambaran drama. Jadi, risau juga kerana saya banyak habiskan masa di luar.

Saya bimbang dijangkiti Covid-19. Sekiranya dijangkiti, saya takut saya menjadi punca orang lain turut dijangkiti. Tentunya rasa bersalah akan menghantui hidup saya selama-lamanya.

Apabila sakit dan paranoid, saya akan berfikir macam-macam. Alhamdulillah, doktor sahkan saya hanya penat bekerja,” katanya.

Terbaru, Riena akan kembali menjalani penggambaran untuk drama bersiri 13 episod yang akan ditayangkan di TV3. – HARIAN METRO

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Empat potensi pencemaran sungai berjaya dihalang

Selepas bina masjid, Wawa dan Aeril cadang buka pusat tahfiz