in ,

Lagi Adun DAP Bantah Kerjasama DAP-UMNO Di Perak

ADUN Pasir Berdamar dari DAP, Terence Naidu membantah kerjasama UMNO dan DAP dalam pembentukan kerajaan negeri Perak yang baru kerana tidak mahu terpalit dengan isu rasuah yang menyelubungi parti itu.

Menurut beliau, DAP merupakan parti berprinsip dan tidak patut berganjak daripada pendirian untuk tidak bekerjasama dengan parti yang mempunyai tuduhan rasuah.

Malahan beliau turut berkata, penyingkiran bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu juga dilakukan hanya untuk kepentingan UMNO.

“Kita tidak harus lupa, bahawa pencaturan terkini adalah hanya untuk menukar menteri besar untuk manfaat mereka sendiri.”

“Sekiranya mereka hanya ingin menteri besar dari UMNO, maka Perikatan Nasional (PN) akan kekal menerajui kerajaan negeri. Kalau tidak, mengapa turunkan MB dari Bersatu?”

Tindakan bekerjasama dengan UMNO disifatkan beliau sebagai permainan politik pemimpin atasan UMNO yang akan dihukum pengundi kelak.

Menjadi ADUN kedua selepas ADUN Pokok Assam Leow Thye Yih mengemukakan bantahan, sehingga kini masih belum ada ADUN lain yang turut membantah.

Tindakan membantah kerjasama DAP dan UMNO dalam pembentukan kerajaan negeri timbul susulan kenyataan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang menyatakan kesediaan untuk mewujudkan sebuah kerjasama untuk kepentingan rakyat. Amanah turut mempunyai pendirian yang sama.

“Sekiranya kerjasama bermakna menyokong pembentangan belanjawan yang memanfaatkan rakyat di kala pandemik Covid-19, sudah pasti saya akan menyokongnya demi kemajuan negeri.”

“Tetapi bukan jenis kerjasama membabi buta yang menyokong mana-mana salah guna kuasa dan korupsi.”

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selangor MCA: Latest Water Crisis Highlights PH’s Past Failures

UMNO Kelantan Warns PAS: Ditch MN And We Will Contest Against You