in

 KRI Nanggala-402 ditemui terbelah tiga, 53 kru terkoban

Kapal selam KRI Nanggala 402 di Pelabuhan Indah Kiat, Cilegon, Banten, 2017. TEMPO/Subekti

Ketua Angkatan Tentera Laut Nasional Indonesia, Yudo Margono berkata, serpihan kapal selam KRI Nanggala-402 ditemui tenggelam sedalam 850 meter di bawah paras permukaan laut dan dijumpai terbelah tiga bahagian.

Pasukan penyelamat menemui jaket keselamatan, sauh dan sebotol minyak yang dipercayai milik 53 kru KRI Nanggala-402. 

KRI Nanggala-402 terputus hubungan pada Rabu (21 April 2021) ketika 53 kru bersiap-sedia untuk menjalani latihan Torpedo.

Menurut Yudo Margono, tragedi nahas KRI Nanggala-402 bukan berpunca dari masalah teknikal ataupun kesilapan anak kapal sendiri, tetapi berlaku akibat bencana alam semula jadi.

Panglima Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto mengesahkan 53 kru kapal itu tidak boleh di selamatkan dan Majlis Ulama Indonesia (MUI)  menyeru umat Islam untuk menunaikan solat jenazah ghaib buat semua kru KRI Nanggala-402 yang terkorban pada 25 April 2021.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Parlimen akan diadakan apabila tiba masanya-Takiyuddin

Is UMNO a threat?