in ,

KPN Gesa Siasat Polis Kotor

NGO Menghapuskan Kematian dan Penderaan Dalam Tahanan (EDICT) menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador untuk membuat laporan berhubung dakwaan mengenai kartel polis kotor dalam pasukan itu.

Menurut EDICT, Seksyen 13 Kanun Prosedur Jenayah menyatakan individu yang mempunyai maklumat mengenai sebarang kesalah di bawah Kanun Keseksaan mempunyai kewajipan untuk membuat aduan polis.

Tambah NGO itu, sekiranya Abdul Hamid mempunyai makluman mengenai pegawai polis yang terlibat isu kartel perlu mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.

Sebelum itu, Abdul Hamid menyatakan bahawa terdapat kartel polis kotor yang didalangi pegawai kanan di peringkat pertengahan dengan motif untuk mendominasi pasukan itu bagi memudahkan kerja-kerja kotor.

Kumpulan itu juga bertindak menaikkan pangkat anggota sesama mereka, mendominasi pucuk pimpinan polis demi meneruskan kegiatan berunsur jenayah dapat disembunyikan.

Ketua Polis Negara telah menyatakan ikrar beliau untuk menyekat kartel itu.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Considerate Malaysian Helps Out Those In Need

Kementerian Siasat Twitter SKMM Berunsur Lucah dan Jelik