in ,

KPM Jangan Perjudi Nyawa Pelajar

Adun Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran bertindak menghentam Kementerian Pendidikan Malaysia yang dianggap beliau gagal menangani kebimbangan penularan wabak Covid-19 di kalangan pelajar dengan menetapkan bahawa peperiksaan SPM akant tetap dijalankan meski masih di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan darurat.

Mengulas pengumuman Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Jidin, “saya menggesa KPM untuk melihat kepada faktor keselamatan dan kebolehlaksanaan sebelum membuat sebarang keputusan demi kepentingan generasi akan datang.”

“Kesihatan dan masa depan kira-kira 400,000 pelajar adalah di bawah tanggungjawab mereka.”

Beliau yang juga Pengarah Pendidikan Politik DAP Selangor, mencadangkan KPM untuk mengambil langkah alternatif, antara lain menggunakan keputusan peperiksaan percubaan SPM 2020 sebagai keputusan peperiksaan sebenar.

“Sekolah yang tidak sempat menghabiskan peperiksaan percubaan harus dibenarkan untuk menghabiskannya.”

Selain itu, Rajiv turut mencadangkan KPM supaya mengambil kira prestasi keseluruhan akademik pelajar sejak dari tingkatan empat.

Tambah beliau pendekatan ini turut digunakan untuk pelajar Program Matrikulasi 2019/2020.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

DAP Mahu Ketelusan Siasatan Isu Kartel Daging

Pemuda UMNO Pontian Mahu Zahid Undur