Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), sedang berusaha memperhalusi isu dan cabaran dalam industri perumahan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya komited untuk menyediakan perumahan mampu milik yang selesa untuk golongan B40 dan miskin bandar, terutamanya di kawasan yang sedang pesat membangun.

Tambah beliau, walaupun kini berdepan dengan cabaran nilai hartanah yang semakin tinggi tetapi KPKT berusaha memastikan rakyat mampu miliki kediaman selaras dengan dasar Perumahan Mampu Milik Negara (DRMM).

“Perbincangan ini diadakan bagi memperhalusi isu dan cabaran dalam industri perumahan serta penyelesaian kepada  permasalahan pihak berkepentingan dalam industri khususnya bagi meningkatkan keupayaan rakyat memiliki rumah mampu milik.

“Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yang dipengerusikan YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin secara atas talian di KPKT,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *