in ,

Konvokesyen UUM dibatalkan

ALOR SETAR: Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) ke-33 yang dijadualkan November ini dibatalkan bagi menjaga kesihatan dan keselamatan warga UUM dan masyarakat setempat.

Menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Akademik UUM, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira nasihat dan saranan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Adalah dimaklumkan bahawa pihak pengurusan UUM prihatin mengenai perkembangan terkini penularan wabak COVID-19 berdasarkan laporan semasa daripada MKN dan KKM.

“Penularan wabak COVID-19 ini diklasifikasikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai pandemik. Oleh itu, pihak pengurusan UUM mengambil tindakan pengawalan dan pencegahan serta menekankan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) demi kesihatan dan keselamatan seluruh warga UUM dan masyarakat setempat,” katanya.

Menurut kenyataan itu, graduan dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi Jabatan Hal Ehwal Akademik (HEA), UUM (www.hea.uum.edu.my) mulai 5 November ini bagi mendapatkan maklumat berkaitan kaedah memperolehi transkrip dan ijazah masing-masing.

“Segala kesulitan amatlah dikesali. Marilah kita sama-sama berdoa supaya keadaan akan kembali pulih seperti sedia kala dan semoga kita semua sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta menghidupkan pembudayaan norma baharu dalam kehidupan harian kita,” katanya.

-BERITA HARIAN

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

UiTM kurangkan yuran konvokesyen

PM ajak umat Islam terus bermunajat hadapi COVID-19