in ,

Kontigen Malaysia capai sasaran pingat

Kuala Lumpur: Temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020 secara rasmi melabuhkan tirai semalam dengan sasaran pingat kontigen Malaysia tercapai.

Upacara penutupan berlangsung di Stadium Olimpik Tokyo itu menampakkan Presiden Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC), Andrew Parsons menyerahkan bendera Paralimpik kepada Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo bagi temasya 2024.

China mengungguli carta pungutan pingat dengan 96 pingat emas, diikuti Great Britain di kedudukan kedua dengan 41 pingat emas dan Amerika Syarikat di tempat ketiga dengan 37 pingat emas manakala Jawatankuasa Paralimpik Rusia di tempat keempat dengan 36 pingat emas.

Malaysia menamatkan saingan pada temasya Paralimpik Tokyo 2020 di kedudukan ke 39 keseluruhan dengan membawa pulang tiga pingat emas dan dua pingat perak.

Pingat emas diraih menerusi Bonnie Bunya Gustin (powerlifting), Cheah Liek Hou (badminton) dan Abdul Latif Romly manakala pingat perak dimenangi Jong Yee Khie (powerlifting) dan Chew Wei Lun (boccia).

Syabas ke atas prestasi kontigen Malaysia yang dianggap sebagai pencapaian yang terbaik walaupun persiapan 22 atlet negara terganggu susulan kengkangan pandemik Covid-19.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Awas ribut suria diramal melanda bumi minggu ini

Tiga beranak rentas 200km naik motosikal akibat tekanan hidup