in ,

Konsert minggu ketiga GV7 tiada penyingkiran

Bagaikan memberi kelegaan buat semua peserta Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) terutamanya kumpulan Indigo, apabila tiada yang tersingkir pada persembahan konsert minggu ketiga ini.

Ini kerana Yantzen tidak dapat bersaing berikutan mengalami masalah kesihatan.

Menurut ketua juri, Datuk Ramli MS berkata, adalah tidak adil jika ada bintang GV7 yang tersingkir disebabkan ketiadaan salah seorang pesertanya.

“Dia sakit jadi benda tu tak boleh nak dielakkan, dia dalam pertandingan jadi penyingkiran tak patut ada pada hari ini, kena bawa minggu hadapan,” katanya.

Konsert minggu ini menyaksikan kumpulan Indigo mendapat markah paling rendah iaitu sebanyak 50.6 peratus namun terselamat daripada penyingkiran.

Sementara itu penyanyi Ayu Damit menerima markah tertinggi iaitu 80.6 peratus diikuti Noraniza Idris (73.4) dan Linda Nanuwil (70.8).

Konsert minggu ini yang bertemakan ‘Cuba Try Test’ adalah cubaan bintang GV7 membawakan lagu berlainan genre.

Kesemua peserta diadili oleh dua juri tetap iaitu Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim serta juri jemputan minggu ini ialah Datuk Syafinaz.

GV7 diacarakan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

foto kredit Astro Gempak

Sementara itu, segmen kongsi rezeki menyaksikan penyanyi Mimi Loma menerima sumbangan sebanyak RM10,000 daripada penaja iaitu Farm Fresh dan Astro.

Anugerah Digi Next Level dimenangi oleh Oja manakala pemenang Bintang Cuckoo juga menjadi milik Oja.

Juara Gegar Vaganza musim ketujuh bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria dan Ria HD.
 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lagu Cinta Kita musim kedua gandingkan Elly Mazlein, Michael Ang dan Azwan Ali sebagai pengacara

Mengubah plastik menjadi barang pengguna