in ,

Konsert GV7 minggu ketiga pilih tema Cuba Try Test

Selepas menyaksikan penyingkiran Haslinda pada konsert minggu kedua Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) Ahad lalu, seramai 13 peserta yang masih kekal bakal bersaing untuk minggu ketiga menerusi lagu bertemakan Cuba Try Test pada malam Ahad ini.

Mereka yang berjaya pada minggu ini perlu menyanyikan lagu-lagu dengan genre di luar zon selesa masing-masing.

Pastinya sesuatu yang menarik bakal disaksikan oleh penonton tambahan pula konsert kali ini hanya dapat ditonton dari rumah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang berlaku sekarang akibat Covid-19.

Siapakah yang bakal tersingkir pada konsert minggu ketiga ini? Semuanya akan terjawab pada malam Ahad ini.

Juri tetap ialah Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim manakala juri jemputan akan diperkenalkan pada hari konsert.

Konsert GV7 diacarakan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria dan dibawakan secara langsung dari Pusat Kovensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

 

Berikut senarai penuh lagu yang akan dipersembahan oleh peserta pada konsert minggu ketiga ini:-

 

Noraniza Idris – Akan Ku Tunggu (Candy)

Aju – I Love You I Miss You (Ukays)

Mus – Syair Laila Majnun (Ramli Sarip)

Oja – Satu Peluang (Andi Bernadee)

Cliff Umar – Keroncong Untuk Ana (Kembara)

Kumpulan Eva – Hang Pi Mana (Khalifah)

Ashira – Penasaran (Krisdayanti)

Yantzen – Malam Ini Kita Punya (Bunkface)

Linda Nanuwil – Akar Dan Bumi (Amuk)

Ayu Damit – Senyuman Ragamu (Gerhana Ska Cinta

Indigo – Cinta Abadi (Black Rose)

Rozita Izlyn – Di Dadaku Ada Kamu (Amelina)

Nomad – Aku Skandal (Hujan)

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Muhyiddin Yassin menghadap Agong di Kuantan

Arab Saudi belum putuskan kebenaran umrah bagi jemaah Malaysia