in

Kompaun RM50,000 jalan menuju kemiskinan- Syed Saddiq

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahaman menerusi hantaran di Facebooknya berkata, perlaksanaan kompaun yang tinggi adalah tidak masuk akal dan juga tidak menyelesaikan masalah penularan COVID-19.

“Pelajar kena kompaun RM1,500, Peniaga kena bayar RM50,000. Ini jalan menuju kemiskinan, bukan mendidik mereka. Rakyat marah, wabak pun tak turun-turun”, tulisnya di Facebook

Menurutnya, beliau sudah mengulas banyak kali mengenai perlaksanaan kompaun yang tidak masuk akal ini.

Baru-baru ini, peniaga colek dikenakan kompaun sebanyak RM50,000 kerana beroperasi melebihi had masa yang ditetapkan.

Peniaga colek tersebut rela di penjara kerana tidak mampu untuk membayar jumlah kompaun yang dikenakan.

Menurut Syed Saddiq, hal tersebut sudah melampau. Beliau juga turut menyoal, sama ada kompaun yang dikenakan sebanyak RM50,000 itu akan mengekang wabak COVID-19 daripada tular?

Tambah beliau lagi, jumlah kes positif COVID-19 harian tinggi iaitu melebihi dua ribu setiap hari.

“Tujuan asal mengenakan kompaun adalah untuk mendidik, bukan memiskinkan,” tulisnya.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Belum terima tarikh untuk tarik semula sokongan terhadap PN

Covid 19: 30 school in Selangor closed