in

‘Kluster katak adalah binatang politik’- Ahmad Jazlan Yaakub

Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menerusi hantaran Facebook beliau berkata, Kluster katak adalah binatang politik sebenar.

Menerusi Facebooknya, beliau turut menyoal Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Muhammad Faiz Na’aman, “Tahukah kamu Faiz, yang melompat itu adalah lebih kotor dan jijik daripada kluster mahkamah.

“Mereka melompat untuk menyucikan diri daripada dikenakan pertuduhan di mahkamah”, katanya.

Tambahnya lagi, kluster mahkamah ini yang menyokong presiden kamu untuk menjadi Perdana Menteri.

Malahan, turut menyokong bajet di Parlimen bagi membolehkan Presiden kamu terus berkuasa hingga hari ini.

“Kumpulan kamu asal adalah PKR, DAP dan AMANAH, kamu ini boleh disifatkan sebagai pemilihara dan pemilik kandang katak.

“Parti kamu adalah pemilik kandang katak manakala kamu adalah pekerja di kandang katak yang mendapat upah bulanan”, tulisnya.

https://www.facebook.com/ahmadjazlanyaakub/posts/1982278258579923

Sebelum ini, Muhammad Faiz Na’aman dilaporkan mendakwa ‘Kluster Mahkamah UMNO’ sebagai binatang politik yang menegakkan ketuanan melayu untuk kepentingan sendiri.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Pandemic is a stress pandemic.

Fungsi darurat gagal melawan penularan COVID-19