in ,

KL bukan Perlis, Khalid pertikai usaha Shahidan

KUALA LUMPUR, 10 Okt — Bekas menteri Wilayah Persekutuan mempersoalkan tindakan Datuk Seri Shahidan Kassim berkongsi nombor telefon peribadi. 

Khalid Samad berkata usaha berkenaan dipertikai memandangkan lebih banyak kaedah berkesan boleh diambil.

“Memperbanyakkan talian untuk terima aduan adalah baik. Hanya keberkesanannya dipertikaikan. 

“Sepatutnya perkukuhkan lagi sistem aduan sedia ada dengan pemantauan lebih rapi oleh pengurusan,” katanya.

Beliau diminta mengulas tindakan Shahidan berkongsi nombor telefon peribadi kepada warga kota. 

Menteri Wilayah Persekutuan melakukan demikian bagi membolehkan warga kota membuat aduan berhubung kerosakan jalan di sekitar Kuala Lumpur.

Khalid berkata Shahidan tidak mampu melayan aduan berterusan warga kota memandangkan bilangan penduduknya yang ramai. 

“DBKL sudah lama ada talian aduannya dan dengan ditambah talian lain adalah baik. Sejauh mana berkesan, kita lihat bersama.

“Beliau ingat Kuala Lumpur macam Perlis mungkin,” katanya. 

Written by Kamil Awang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Orang Melayu jarang bunuh diri, kata Dr Mahathir

Pernah sumbang, Nabila tetap mahu menyanyi