Lim Kit Siang mengumumkan sekali lagi akan bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang diadakan pada bulan Jun tahun ini.

Menurutnya, beliau tidak mengharapkan sebarang jawatan dalam parti ini.

“Saya tidak menyasarkan apa-apa kedudukan penting dan saya bersedia untuk dilalahkan dalam pemilihan parti yang saya telah dedikasikan 55 tahun hidup saya untuk mengejar impian Malaysia,” katanya.

Justeru, Kit Siang yang berusia 80 tahun itu membuat pengumuman itu Ketika berucap di hadapan penyokongnya dalam satu majlis semalam.

Beliau menjawat jawatan sebagai Setiausaha Agung DAP dari tahun 1969 hingga 1999 dan selepas pilihan raya umum 1999, beliau menjadi pengerusi DAP yang kedua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *