in ,

Khazanah dipercayai milik empayar Srivijaya ditemui nelayan Sumatera

Indonesia – Sejak lima tahun kebelakangan ini, para nelayan yang menerokai Sungai Musi berhampiran Palembang, telah menemui sejumlah harta karun dan artifak yang luar biasa serta menakjubkan.

Kesemua khazanah itu dipercayai berasal dari kerajaan kuno Srivijaya yang wujud antara abad ke-7 hingga ke-13, namun secara misterinya tiba-tiba lenyap pada abad seterusnya.


Antara harta ditemui di sungai dipenuhi buaya itu termasuk batu permata, cincin emas istiadat, syiling dan loceng gangsa sami.

Setakat ini, salah satu penemuan paling menakjubkan merupakan patung Buddha berskala sebenar yang bertatahkan permata dari abad ke-8, dianggarkan bernilai berjuta ringgit.


Menurut ahli arkeologi maritim United Kingdom, Dr Sean Kingsley berkata, ramai penjelajah telah cuba ‘memburu’ peninggalan peradaban Srivijaya sehingga ke Thailand dan India, namun malangnya semua kecundang.

“Malah di Palembang, para arkeologi gagal menemukan bahan bukti yang cukup walaupun untuk sebuah perkampungan kecil.


“Srivijaya, empayar terakhir yang ‘gahib’ di muka bumi 700 tahun lalu, benar-benar menyimpan rahsianya,” katanya.

Penemuan itu mencetuskan spekulasi sama ada lokasi penemuan harta karun berkenaan merupakan Pulau Emas seperti yang menjadi cerita mitos dikalangan rakyat tempatan.

Kerajaan maritim Srivijaya berasal dari Palembang yang terletak di Sumatera, kini dikenali sebagai Indonesia. Empayar berkuasa antara abad ke-7 dan ke-13 itu telah memperluaskan pengaruhnya sehingga menguasai seluruh Selat Melaka.


Namun tidak jelas dan tiada bukti sejarah yang kukuh untuk mengemukakan teori, mengapa kerajaan tersebut boleh runtuh seperti kerajaan Melaka.

Selain aktiviti pencarian oleh nelayan tempatan, sehingga kini masih belum ada operasi pencarian atau penggalian rasmi, yang sekali gus menjadi punca mengapa banyak persoalan tidak terjawab.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pemain sertai Terbuka Australia tidak lagi diwajibkan vaksin

Facebook kini dikenali sebagai Meta