in ,

Khairy Jamaluddin dan Adham Baba saling tukar Kementerian

Kuala Lumpur: Pengumuman barisan Menteri Kabinet baharu Malaysia pagi tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri telah memaklumkan bahawa Menteri Kesihatan dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang sebelum ini masing-masing disandang Datuk Seri Dr Adham Baba dan Khairy Jamaluddin telah saling bertukar portfolio.

Sebelum menyandang selaku Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rembau telah menjawat kedudukan Menteri Sains, Teknologi dan Inovatif yang telah diberi tanggungjawab besar sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Manakala sebelum Ahli Parlimen Tenggara ini menggalas jawatan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr. Adham Baba yang dilantik sebagai Menteri Kesihatan telah terpalit dengan kontroversi sehingga menyaksikan Menteri Kesihatan, Adham Baba Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah mengambil alih pengumuman situasi harian Covid-19 negara.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Zuraida Kamaruddin kini terajui Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Idris Ahmad antara muka baharu dalam kabinet