Switch to the dark mode that's kinder on your eyes at night time.

Switch to the light mode that's kinder on your eyes at day time.

Menu

Switch to the dark mode that's kinder on your eyes at night time.

Switch to the light mode that's kinder on your eyes at day time.

in , ,

Khairuddin sumbang RM50,000 kepada Pas

PENGKALAN CHEPA: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang terpalit dengan kontroversi gagal menjalani kuarantin wajib sebelum ini menyumbang RM50,000 kepada Pas pada Ahad.
Sumbangan itu diumumkan Pengerusi Tetap Muktamar Pas, Husin Ismail ketika berlangsungnya Muktamar Tahunan parti berkenaan di sini hari ini.
Mohd Khairuddin sebelum ini menjadi perhatian selepas dikecam gara gara gagal mengikuti kuarantin wajib COVID-19 selepas pulang dari luar negara.
Ahli Parlimen Kuala Nerus itu juga turut dikenakan kompaun RM1,000 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Tindakan kompaun itu dikenakan pada beliau selepas siasatan KKM mendapati beliau melanggar Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 [Akta342].
Susulan kekhilafannya itu, Mohd Khairuddin membuat permohonan m
aaf secara terbuka dan emutuskan untuk memulangkan semua gajinya sebagai Menteri bagi Mei hingga Ogos 2020 kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (Tabung COVID-19).

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Aktiviti pub, kelab malam terus catat kes ingkar PKP tertinggi

Big Blue TV menang Anugerah Emas & Industri Terbaik UPNM

Back to Top

Hey Friend!
Before You Go…

Get news notifications before everyone else!


Don't worry, we don't spam

Close
Close