in ,

Keuntungan Petronas Dagangan melonjak naik

Petronas Dagangan Bhd catat keuntungan bersih yang melonjak kepada RM82.14 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2021 daripada RM3.15 Juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun kewangan 2020, demikian kenaikan harga minyak dan jumlah dagangan yang meningkat.

Bagaimanapun, perolehan meningkat kepada RM5.14 bilion daripada RM2.93 bilion bagi tempoh yang sama dan pendapatan asas sesaham naik kepada 8.30 sen daripada 0.40 sen.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Azrul Osman Rani, perniagaan PDB bertambah baik secara beransur-ansur dari tahun lepas namun kekal berhati-hati terhadap ketidaktentuan semasa di samping menerusi Langkah berhemat dan mengoptimumkan sumber.

Prestasi pada 2021 dijangka kekal berdaya tahan meskipun pandemic masih berlarutan.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Operasi SAR mangsa bencana banjir dipergiat

Dana RM2 Juta, Ahli Parlimen Pontian mengaku tidak bersalah