in ,

Kesilapan teknikal, akaun Instagram Scha Alyahya Kembali aktif

Akibat masalah teknikal, akaun Instagram (IG) milik pelakon dan pengacara, Scha Alyahya yang tiba-tiba hilang semalam, sudah Kembali dan aktif semula.

Berkongsi perkara itu di IG Storynya, Scha berkata, kehilangan IG berkenaan akibat dia tersalah tekan.

Saya ingin memohon maaf kepada semua yang mungkin risau akan keadaan saya berikutan IG tiba-tiba ‘deactivated’.

Apa yang berlaku disebabkan masalah teknikal dimana ketika mahu membuat ‘link’ ke akaun media sosial lain tanpa sengaja saya tertekan ‘deactivated’.

Kalau nak dicerita, panjang ceritanya dan saya tidak mahu buat anda bosan mendengarnya nanti.

Apapun saya nak ucapkan terima kasih kepada anda yang risaukan keadaan diri saya. Jangan risau saya dan bayi dalam kandungan baik-baik saja. Semuanya okey,” katanya.

Scha berkata, walaupun IG miliknya hilang seketika, dia mengakui berasa seronok.

“Sebenarnya seronok apabila tiada IG ni, tapi nak buat macam mana, IG adalah sebahagian daripada kerja. Jadi saya kena ada IG. Saya juga rasa gembira apabila sudah dapat kembali,” katanya.

Semalam, timbul kekecohan apabila IG Scha tiba-tiba hilang dan mencetuskan tanda tanya netizen.

Apa yang membimbangkan, hantaran terakhir Scha dengan ayat ‘I’ve had enough’ petang semalam, turut membuatkan ramai pihak bimbang dengan keadaan dirinya yang kini sedang hamil.

Ada juga yang berfikiran, Scha mahu berehat daripada media sosial.

 

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Arab Saudi belum putuskan kebenaran umrah bagi jemaah Malaysia

Burger Ramly – Raja Makanan Jalanan