in , ,

Kes saman fitnah Mujahid berkaitan Nur Sajat diselesaikan menerusi mediasi

(caption)
Kuala Lumpur: Akhbar Harakah terbitan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bersetuju untuk menerbitkan permohonan maaf dan menarik balik artikelnya, bagi menyelesaikan saman fitnah yang difailkan bekas Menteri di Jabatan Perdana menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa, tanpa menjalani perbicaraan.

Saman itu yang melibatkan pengusaha kosmetik, Nur Sajat yang berpakaian seperti wanita ketika menunaikan umrah.

Peguam mewakili Mujahid, Noorazmir Zakaria berkata, mahkamah merekodkan keputusan persetujuan kedua-dua pihak di hadapan hakim Mahkamah Sesyen, Zulqarnain Hassan menerusi perbicaraan secara maya semalam.

“Bagaimanapun terma serta syarat penyelesaian ini akan kekal sulit seperti dipersetujui dan defendan pertama, Aziz Muda (wartawan Harakah) akan menerbitkan permohonan maaf bertulis secara terbuka di Harakah dalam tempoh tujuh hari,” maklum Noorazmir.

Yusfarizal Yusoff, peguam bertindak bagi pihak Aziz; Ketua Pengarang Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob dan Galeri Media Serbanika Sdn Bhd sebagai pengendali portal harakahdaily.net, turut mengesahkan penyelesaian berkenaan.

Pda 30 Ogos terdahulu, hakim Zulqarnain memberi lebih masa kepada kedua-dua pihak untuk mempertimbangkan penyelesaian kes di luar mahkamah menerusi mediasi.

Perbicaraan dijadualkan bermula secara dalam talian dengan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh sebagai saksi bagi pihak Mujahid.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu telah memfailkan saman tersebut pada 12 Ogos 2020 dengan menamakan Aziz, Wan Nordin, Galeri Media Serbanika dan syarikat pencetakan, Percetakan Turbo (M) Sdn Bhd sebagai defendan.

Mujahid mendakwa kata-kata fitnah telah dilemparkan terhadapnya menerusi dua artikel diterbitkan Harakah antara 10 hingga 13 Februari tahun lalu dan beliau menuntut permohonan maaf terbuka, penarikan balik artikel berkenaan serta ganti rugi.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kes saman fitnah Lim Kit Siang selesai

Rancang buka semula Genting Highlands, Melaka dan Pulau Tioman dalam tempoh terdekat