in

Kes gangguan seksual: Pendakwah popular hadir beri keterangan

KUALA LUMPUR – Seorang pendakwah terkenal tanah air telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Khamis hari ini dalam membantu siasatan dipercayai melibatkan kes gangguan seksual.

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu dipercayai telah tiba di pintu masuk utama bangunan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sekitar jam 9.00 pagi tadi untuk merakam percakapan dalam membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Sumber berkata, polis telah memanggil pendakwah terlibat pada Rabu semalam untuk datang memberi keterangan dalam sisatan kes yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bencana banjir bantuan perlu disegerakan-Muhyiddin Yassin

Fenomena Kepala Air Gunung Jerai: Mangsa hilang ditemui meninggal