in ,

KERETA RASMI PP BOLEH BERI MAKAN 9,162 KELUARGA

Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga Yusni Mat Piah berkata harga Mercedes S560e untuk kegunaan Ketua Menteri Pulau Pinang berharga RM458,122.78 cukup untuk membekalkan bakul makanan bernilai RM50 kepada 9,162 keluarga di Pulau Pinang.

Tambah beliau, pembelian kenderaan itu memperlihatkan kelemahan kerajaan negeri yang tidak sensitif dan prihatin terhadap rakyat Pulau Pinang yang menderita kesan penularan pandemik Covid-19.

Sikap Kerajaan Negeri turut disifatkan beliau sebagai berbeza dengan sikap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Persekutuan yang lebih mengutamakan rakyat dengan pengenalan skim dan bantuan buat mereka yang terkesan.

Berita selanjutnya menyusul.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SPRM PERLU SIASAT PERMOHONAN PPR JERLUN

KETUA MENTERI PULAU PINANG MOHON MAAF ISU KENDERAAN RASMI