in

Kerajaan PN lemah kerana gagal tukar dasar kabotaj negara

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, kegagalan kabinet menukar semula dasar kabotaj negara dalam tempoh dua minggu merupakan kegagalan kerajaan PN.

Lim Guan Eng mendakwa dasar itu perlu ditukar demi untuk menyelamatkan masa depan digital dan pelaburan berteknologi tinggi negara bernilai RM12 billion hingga RM15 billion.

Tambah beliau, Kerajaan PN tidak mengutamakan masa depan digital negara bagi memastikan dua Ahli Parlimen MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Datuk Seri Wee Jeck Seng terus memberikan sokongan.

Menurutnya lagi, “kerajaan PN gagal dalam ujian untuk mengutamakan masa depan digital Malaysia dengan memberi keutamaan kepada masa depan politik mereka sendiri, semata-mata menjaga air muka Wee demi memastikan dua Ahli Parlimen MCA Wee kepada PN.

“Pelaburan digital Malaysia bernilai RM12-15 billion tidak sepenting dua-dua Ahli Parlimen MCA, kritikal bagi kerajaan PN yang tidak mampu kehilangan mana-mana Ahli Parlimen selepas kehilangan majoriti Parlimen,” katanya.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Covid case might reach between 5,000 to 10,000

Khalid refute Tania statement on 1MDB