in

KERAJAAN NEGERI PERAK ARAH HENTI AKTIVITI KUARI DI SEGARI

Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad telah mengarahkan sebarang kerja-kerja termasuk aktiviti kuari di kawasan Air Terjun Tanjung Batu Teluk Sera di Pantai Remis dihentikan sementara.

Arahan itu dikeluarkan sementara menunggu hasil siasatan terhadap dakwaan berlaku kerosakan di kawasan air terjun terletak di Hutan Simpan Segari Melintang, Pantai Remis yang berstatus Hutan Simpanan Kekal.

Katanya, kerajaan negeri mengarahkan Jabatan Perhutanan dan Jabatan Alam Seitar (JAS) untuk melakukan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan yang tular di media sosial baru-baru ini.

“Pihak Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) juga diminta menyediakan laporan terperinci mengenai aktiviti kuari yang didakwa menjadi punca kerosakan di kawasan berkenaan.”

Pengarah Jabatan Perhutanan Perak Datuk Mohamed Zin Yusop berkata tindakan akan diambil ke atas kontraktor terlibat mengikut Akta Perhutanan Negara 1984.

“Kontraktor juga telah diarah melakukan kerja-kerja pembersihan dengan segera. “

“Hujan lebat menghanyutkan sisa-sisa kayu daripada aktiviti kuari ke dalam sungai sehingga menyebabkanya kotor.”

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ahmad Maslan Tuntut Agong Adakan Sidang Parlimen, Sama Seperti Anuar Ibrahim

Pakej Bantuan Khas Hanya Siaran Ulangan