in ,

Kerajaan dan pembangkang sepakat mencapai matlamat negara

Putrajaya: Demi mengamalkan demokrasi bermusyawarah dalam mencari penyelesaian bagi apa jua permasalahan dihadapi negara, Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan telah melakar sejarah dengan memeterai Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik pada Isnin lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerjasama ‘dwi-partisan’ ini berupaya mengenepikan segala perbezaan politik serta memastikan pemulihan negara berjalan secara holistik dan inklusif, selaras menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Transformasi yang diperkenalkan bukan sahaja mendorong kepada tabir urus yang cemerlang dalam memerangi COVID-19 dan pemulihan ekonomi, malah turut memangkin iklim pelaburan yang kondusif dalam memacu pertumbuhan ekonomi,” tambah beliau.

Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimaktubkan merangkumi; Pemerkasaan Pelan COVID-19, Transformasi Pentadbiran, Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia MA63 dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

Ismail Sabri mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak pembangkang yang telah membulatkan tekad, mengenepikan perbezaan ideologi politik untuk bersama-sama memacu kestabilan ekonomi dan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tiada bukti melibatkan rasuah, Rina Harun bebas siasatan SPRM

Wajar pengoperasian semula 11 sektor ekonomi di negeri Fasa1