in ,

Kenapa Dengan Bibir Zarina Anjoulie tu?

kredit IG Zarina

Pelakon Zarina Anjoulie baru-baru ini menjadi bualan netizen dan pengikutnya apabila dia memuat naik foto dirinya dengan keadaan bibir seperti  baru melakukan pembedahan di sebuah klinik pembedahan kecantikan.

Menerusi satu kiriman di Instagram miliknya, Zarina Anjoulie, 33, memberitahu dia sedang melakukan ‘sesuatu’ kepada bibirnya dan akan berkongsi lebih lanjut mengenai proses yang dijalani.

“Fixing my lips at @my_gorgeous_clinic , nanti Anju buat video ok,” tulisnya ringkas.

kredit foto IG Zarina

Zarina yang mesra disapa Anju turut berkongsi fotonya dengan kesan garisan darah di bibir bahagian atas tanpa menjelaskan apa yang terjadi.

Entri berkenaan mendapat pelbagai reaksi netizen termasuk ada yang mempertikaikan tindakannya itu dan dianggap mengubah ciptaan Tuhan.

Dalam pada itu, ada juga yang berpendapat Anju mungkin mempunyai masalah dengan bibirnya yang menyebabkan ibu anak satu itu perlu melakukan pembedahan berkenaan.

Namun begitu, tidak lama kemudian komen di entri berkenaan sudah pun ditutup oleh Anju ini secara tidak langsung menimbulkan tanda tanya peminat mengenai masalah sebenar bibirnya.

Mungkin juga Anju mempunyai alasan sendiri mengapa dia merahsiakannya buat masa ini.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Aktiviti lapangan Banci 2020 diteruskan

“Ultraman Kecek Klate Ke?” – Comelnya Gelagat Tok Dalang Cilik Ini