in

Kementerian Siasat Twitter SKMM Berunsur Lucah dan Jelik

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan menyiasat laman akaun rasmi Twitter Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang tular di laman media sosial dengan mesej berunsur lucah dan jelik.

“Saya memandang serius isu tular ciapan yang sudah ada sedari tahun 2014, yang dikaitkan dengan akaun rasmi Twitter MCMC.”

“Saya telah mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Mohammad Mentek untuk menjalankan siasatan.”

SKMM semalam menggantung akaun @SKMM_MCMC buat sementara waktu selepas ciapan lama akaun itu yang bersifat lucah dan jelik dikongsi semula netizen.

Dengan mendakwa akaun itu telah diceroboh, para netizen yang memberi pendapat berkenaan ciapan itu menyatakan ianya telah dimuatnaik pemilik akaun yang sebelumnya.

Netizen bertindak balas dengan mengejek SKMM kerana ciapan lama itu.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KPN Gesa Siasat Polis Kotor

Madius Tangau Mahu MP UMNO Tarik Balik Sokongan Untuk Bersama PH