in ,

Kembar tertukar keluarga 20 tahun, dapat kad pengenalan diri baharu

--foto BERNAMA

Kota Bharu – Kisah Atirah Iwani Ibeni Yanin dan Adryana Iwani Husin yang menggemparkan negara apabila mereka tertukar keluarga berbeza selepas dilahirkan 20 tahun lepas, mendapat perkhabaran gembira setelah maklumat pada sijil kelahiran serta kad pengenalan diri akhirnya diperbetulkan.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah meluluskan permohonan pembetulan maklumat pada 1 November lalu, terhadap Atirah Iwani (nama lama Noratirah Binti Husin) dan kembarnya, Adryana Iwani (nama lama Adryana Iwani Binti Ibeni Yanin) berdasarkan keputusan laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Menurut Atirah Iwani, tiada kata yang mampu beliau ucapkan kerana pemohonan bagi membetulkan maklumat dalam sijil kelahiran dan kad pengenalan dibenarkan JPN selepas ujian DNA disahkan Oktober lalu.

“Dengan dokumen pengenalan diri yang baharu ini, identiti sebenar saya tidak lagi menjadi tanda tanya masyarakat, yang sebelum ini sering mempersoalkan rupa paras saya tidak sama dengan ‘keluarga’.

“Walaupun nama dalam kad pengenalan saya sedikit berubah, namun saya masih mengekalkan nama Atirah kerana ia pemberian arwah ‘ayah’ Husin Omar.

“Kad pengenalan diri dengan maklumat baharu ini bukan sahaja memudahkan saya melakukan urusan penting, malah memberi keyakinan kepada saya untuk membawa identiti sebenar selepas 20 tahun bersama keluarga yang berbeza,” katanya.

Sebelum ini hebah mengenai kisah dua keluarga yang anak mereka tertukar selepas dilahirkan 20 tahun lalu di sebuah hospital di sini, dipercayai akibat kecuaian petugas kesihatan.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sindiket pemalsuan dokumen didalangi warga asing ditumpaskan Imigresen

Sembilan sekeluarga malang termakan cendawan beracun