Kematian mengejutkan atlet pemanah negara Haziq Kamaruddin,27, semalam disebabkan komplikasi salur darah jantung tersumbat akibat daripada perubahan arterosklerosis (coronary artery atherosclerosis) kata Pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik, Ketua Perkhidmatan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia, Dato’ Dr Zahari Noor.
“Kematian Haziq Kamaruddin, atlet pemanah negara yang dibawa ke Hospital Kajang semalam telah disiasat dibawah Sudden Death Report (SDR) oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, dimana arahan bedah siasat telah dikeluarkan untuk menentukan sebab kematian, katanya dalam sebuah kenyataan.
Jelas beliau lagi, proses bedah siasat selesai dilakukan setelah calitan ujian COVID-19 menunjukkan keputusan negative bagi virus tersebut.
“Hasil bedah siasat menunjukkan kepada kematian akibat komplikasi salur darah jantung tersumbat akibat daripada perubahan arterosklerosis (coronary artery atherosclerosis),” katanya.
Malahan, tiada bukti menunjukkan bahawa kematian ini adalah disebabkan dengan vaksinasi COVID-19.
Walau bagaimanapun, siatan lanjut sedang dijalankan termasuk menunggu beberapa keputusan Analisa makmal.