in ,

Kekasih Baru Haris Halim

Mendapat sentuhan lagu daripada komposer terkenal seperti Sirkhan pastinya adalah satu kenangan terindah buat pendatang baru, Haris Halim.

Tampil dengan single bertajuk Kekasih Baru ciptaan Sirkhan dan Sang Hitam berkonsepkan Pop Jazz, Haris juga bernaung dibawah pengurusan Whiteroom Music yang turut dimiliki oleh Sirkhan.

Bakat Haris mula di kesan pada tahun 2018, selepas Sirkhan sendiri memanggilnya untuk hadir sesi ujibakat yang turut dihadiri oleh penyanyi Sufian Suhaimi.

Selain dari menyanyi Haris Halim turut mempunyai bakat bermain Gitar, Ukulele, Keyboard dan Dram.

Haris yang kini mengikuti program Ijazah Pengurusan Perniagaan di Universiti Malaya, berkata, dia teruja apabila diberi peluang bernaung dibawah pengurusan Sirkhan disamping mendapat lagu daripada komposer terkenal itu.

Alhamdulillah rasa gembira kerana dapat bekerja dengan orang yang berpengalaman, malah lagu Kekasih Baru juga dirasakan sesuai dengan saya walaupun genrenya agak mencabar.

Walaupun sedikit berdebar kerana lagu ini dilancarkan pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) April lalu saya gembira melihat sokongan ramai daripada peminat saya.

Malah proses rakaman lagu berkenaan yang dilakukan pada akhir tahun lalu berjalan dengan lancar,” katanya.

Walaupun sudah enam bulan berada di media social sambutan lagu berkenaan agak memberangsangkan buat pendatang baru seperti Haris.

Malah selepas tiga bulan Kekasih Baru dilancarkan, Haris dilihat berjaya menakluk hati peminat apabila dia mempunyai kelab peminat sendiri iaitu ‘HoneyH’.

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fad Bocey timang anak lelaki

Keajaiban Alam di Gunung Irau