in ,

Kegiatan iklan perkhidmatan seks atas talian tumpas

Kuala Lumpur: Menerusi hasil risikan dan maklumat awam, pasukan polis daripada Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman telah menahan enam lelaki tempatan dan 16 wanita warga asing dalam serbuan di sebuah kediaman mewah di Jalan Klang Lama pada Rabu semalam, setelah dipercayai terlibat dalam kegiatan pelacuran.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman (SAC), Mohamad Noor Yusof Ali berkata, 16 wanita warga Vietnam berusia antara 21 hingga 31 tahun yang berperanan sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan Op Noda yang dijalankan kira-kira jam 8.45 malam, di sebuah rumah banglo di Jalan Awan Larat, Taman Yarl di sini.

“Kita turut menangkap enam lelaki tempatan berusia antara 26 hingga 39 tahun di mana salah seorang berperanan sebagai ejen manakala lima individu lagi sebagai ‘transporter’ atau pekerja yang membawa semua wanita berkenaan dari sebuah lokasi ke banglo tersebut.

“Kejayaan serbuan ini merupakan hasil risikan dan penyamaran polis selama beberapa hari dengan berpura-pura melanggan perkhidmatan yang disediakan sindiket berkenaan,” katanya dalam sidang media di lokasi, malam tadi.

Katanya, modus operandi sindiket ialah mengiklankan perkhidmatan melalui aplikasi Telegram kepada individu yang berminat. Sekiranya ada pelanggan berminat serta bersetuju dengan harga, ejen akan menentukan lokasi untuk pelanggan berhibur dan aktiviti pelacuran.

“Sindiket ini menawarkan servis penghantaran GRO untuk berhibur serta menyediakan kediaman mewah seperti kondominium dan banglo bagi perkhidmatan seks.

“Dalam serbuan ini, sindiket menggunakan sebuah rumah banglo dua tingkat yang terletak dalam kawasan taman perumahan mewah yang dilengkapi peralatan hiburan seperti lampu disko, meja pool, set karaoke dan lain-lain kelengkapan yang disewa pada harga RM3,600 sehari,” katanya.

Mohamad Noor berkata, peranan GRO terbabit ialah meneman pelanggan untuk minum dan berhibur serta menawarkan perkhidmaan seks dengan harga RM1,300 hingga RM2,500 seorang.

“Sindiket ini juga dipercayai menggunakan pelbagai lokasi berlainan untuk pelanggan berhibur bagi mengelak kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa.

“Ejen akan mencari premis yang dirasakan selamat dan berdasarkan jumlah pelanggan yang akan turut serta. Jika jumlah pelanggan ramai dan memerlukan GRO yang ramai, maka ejen akan mencari premis yang lebih besar, contohnya banglo tujuh bilik yang disewa hari ini (malam tadi),” katanya.

Menurut beliau lagi, semakan awal mendapati 15 daripada 16 wanita warga asing yang ditahan itu mempunyai dokumen perjalanan sah, namun siasatan masih dijalankan untuk mengesan dalang utama atau bapa ayam sindiket tersebut termasuk berapa lama kegiatan itu sudah beroperasi.

“Kesemua suspek dibawa Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields dan kes disiasat mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan, Seksyen 55B(1) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6(1) akta sama,” tambah Mohamad Noor.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Fasa 4 PPN: 20,000 penonton dibenar saksikan perlawanan di stadium

PDRM uji cuba 5 kereta peronda mewah