in ,

Kedai alat ganti kereta hangus dalam kebakaran di Segambut

Kuala Lumpur – Sebuah kedai menjual alat ganti kereta terpakai di Jalan Kampung Pasir, Taman Segambut, di sini musnah dalam kebakaran pada Selasa petang.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Muhammad Ridhwan Kamarulzaman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.50 petang.


“Susulan itu, sebanyak lapan jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang, Sentul, Sri Hartamas, Hang Tuah, Titiwangsa, Taman Tun Dr. Ismail, Wangsa Maju dan Seputeh bersama kekuatan 83 anggota tiba di lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan kedai menjual alat ganti kereta terpakai yang berkeluasan 4,000 kaki persegi terbakar hampir 90 peratus. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Ridhwan, kerja-kerja pemadaman masih giat dijalankan setakat jam 8.30 malam. Operasi pemadaman melakukan teknik ‘offensive’ dan ‘defensive’ dengan membahagikan pasukan pemadam kepada beberapa bahagian untuk mengelakkan api merebak ke kawasan lebih besar.


Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, (ACP) Beh Eng Lai berkata, setakat ini punca kebakaran masih belum dapat dikenal pasti dan pihaknya akan menunggu siasatan daripada pasukan forensik bomba.

Kebakaran berhampiran susur Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) menghala ke Selayang itu turut mengakibatkan laluan trafik sesak dari Jalan Loke Yew hingga ke Jalan Kuching.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tanah runtuh di Cameron Highlands, empat mangsa tersepit kereta dihempap pokok

700 ribu golongan sasar terima Bayaran Fasa 2 BKC