in ,

Kami Akan Terus Tuntut Kerajaan Tepati Janji Pengeluaran KWSP,Dan Lanjutan Moratorium

Menurut mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Barisan Nasional (BN) memahami kekecewaan sebilangan rakyat diatas tindakan ahli Parlimen parti itu yang menyokong Belanjawan 2021 di Parlimen hari ini meski syarat moratorium pinjaman dan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) belum diselesaikan sepenuhnya.

Berjanji akan terus menuntut kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk kotakan janji mereka, Najib berkata, “Kami akan terus menuntut kerajaan PN untuk tepati janji mereka sehingga kedua-dua isu ini diselesaikan sebaiknya.”

“Kerajaan PN juga memberitahu kita bahawa mereka masih akan berusaha untuk memperbaiki kedua-dua perkara ini.”

“Jika hasrat kami masih tidak tercapai dan kami masih rasa tertipu selepas satu tempoh masa yang munasabah maka BN masih berpeluang untuk membuat sesuatu kelak.”

“Tapi kelulusan bajet ini bukan platform yang sesuai sebab kekurangan masa sebelum tahun 2021 bermula.”

“Jika bajet tak lulus hari ini maka keajaan susah untuk berfungsi dalam tempoh dua minggu lagi.”

Belanjawan 2021 diluluskan hari ini pada bacaan ketiga yang memperlihatkan kerajaan memperolehi 111 undi menyokong berbanding 108 undi ahli Parlimen yang menolak usul berkenaan.

Menyangkal dakwaan BN memberi harapan palsu, Najib menegaskan: “Ianya tidak benar bahawa kita beri harapan palsu kepada ramai yang meminta sebab jelas ada kemajuan dalam perkara ini.”

“Namun masih ada kekurangan dari segi implementasi dari bank-bank yang degil.”

Berita selanjutnya menyusul.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Budget 2021 Passed Despite Strong Opposition

Anwar Ibrahim: Perikatan Nasional Akan Terus Tunduk Pada Watak Rakus