in ,

Kadir Jasin: UMNO Eksploitasi Kelemahan Perikatan Nasional

Datuk A. Kadir Jasin mendakwa UMNO kini sedang mengekploitasi kelemahan Perikatan Nasional (PN) selepas kerajaan mendapat kelulusan tipis pada Belanjawan 2021.

Menurut beliau, kini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkemungkinan akan mencuba membuat usul tidak percaya dan suasana ini yang dimahukan oleh pesaing-pesaing PN khususnya UMNO dalam mengeksploitasi kelemahan Kerajaan PN.

Tambahan beliau lagi, UMNO kini sedang berusaha menyekat kemaraan PN dan Bersatu dari dalam, dengan menjadikan PN sebagai kuda tunggangan.

“Sesetengah pemimpin UMNO, khususnya yang sedang menghadapi perbicaraan jenayah, akan terus bermain kayu tiga dengan Muhyiddin dan Anwar bagi mendapat “the best deal” berkaitan kes-kes mereka.”

”Bagi UMNO, apa yang penting adalah cuba kembali berkuasa melalui Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.”

Kadir Jasin turut menyatakan UMNO sedang berbaik-baik dengan Bersatu dan PAS, pada masa yang sama mensabotaj mereka.

”Dengan Muhyiddin, UMNO sudah tahu kekuatan dan kelemahannya serta apa lagi yang boleh diperas ugut. Dengan Anwar belum tahu.”

“Tetapi prospeks UMNO malap kalau terus bergantung kepada kepemimpinan kleptokrasi yang ada sekarang dan serentak itu menekan barisan pengganti macam Timbalan Presiden, Mohamad Hasan.”

Berita selanjutnya menyusul. 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Annuar Musa – Jangan Guna Parti Untuk Kepentingan Diri

Tun Rahah Mohamad Noah, Balu Tun Abdul Razak Meninggal Dunia