in ,

Kabinet baharu bagaikan ‘kitaran semula’-Anwar Ibrahim

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembentukan barisan Kabinet dibawah Perdana Menteri Ismail Sabri bagaikan ‘kitaran semula’.

Barisan Kabinet baharu diumumkan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri pagi tadi.

Menurut Anwar Ibrahim, nama-nama yang masih berada dalam Kabinet tersebut sebelum ini telahpun gagal menggalas tugas sebagai Menteri dan Timbalan Menteri.

“Negara sedang menghadapi krisis akibat COVID-19, yang lebih meruncing dan masalah ekonomi yang menekankan rakyat.

“Tetapi langkah yang diambil (Perdana Menteri) hanya kitaran semula Menteri-menteri yang tidak menunjukkan keupayaan, menangani masalah ini secara berkesan,”katanya menerusi siaran langsung di Facebooknya.

Pengumuman Jemaah cabinet baharu hari ini turut menarik perhatian warga net di twitter. Malahan nama beberapa Menteri turut menjadi treding.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hishammuddin Hussein Menteri Kanan Pertahanan

Perdana Menteri rancang jadikan Kilang sebagai PPV