in

JENAYAH PERJUDIAN HARAM BERKURANGAN

 

Oleh : Sazrin Zainal

Sebanyak 2323 buah komputer dan 260 buah telefon bimbit dilupuskan di Balai Polis Alam Damai, Cheras hari ini. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, YDH CP Datuk Seri Hj Mazlan bin Lazim berkata, pelupusan barang kes perjudian pada hari ini melibatkan barang kes bagi 275 kertas siasatan sejak tahun 2014 hingga 2015 bagi daerah Cheras, Brieckfields dan Wangsa Maju. Kesemua kes tersebut telah selesai perbicaraan dan telah dilupuskan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan gimik pelupusan barang terbabit di perkarangan Balai Polis Alam Damai hari ini. 

Jelas beliau, pihak polis amat komited dalam membanteras kegiatan perjudian haram dan kegiatan ini sudah tidak lagi berlaku secara terbuka, sebaliknya mereka menjalankan kegiatan ini secara tertutup di premis-premis yang mereka telah sewakan. Beliau juga mengingatkan para pemilik premis perlu peka terhadap perniagaan yang telah dijalankan. 

Berikutan dengan itu , pelupusan barang kes perjudian ini dilakukan menggunakan kaedah E-waste sejajar dengan prosedur Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang mana sekaligus menjadi satu usaha menyahut pelaksanaan inisiatif Amalan Hijau melalui “GO GREEN PDRM”. 

Ketua Polis Kuala Lumpur itu juga menyeru masyarakat untuk memberikan kerjasama dalam membanteras kegiatan perjudian haram di bandaraya ini bagi memastikan kegiatan ini dapat dibanteras secara habis-habisan. 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

LIVE : TANYA JE LA USTAZ – BUDAK FLAT

SYED SADDIQ TERIMA TOMAHAN TUN M