Pakatan Harapan (PH) menubuhkan jawatankuasa baharu bagi terus memperkukuhkan gerak kerja.

Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) dalam sebuah kenyataan Bersama oleh, Datuk Seri Saifuddin Nasution, Datuk Hatta Ramli dan Anthony Loke Siew Fook, berkata, jawatankuasa tersebut akan bertindak meneliti dan menyediakan dasar-dasar parti itu.

Antara jawatankuasa yang ditubuhkan adalah, jawatankuasa Pendidikan, Kesihatan, Ekonomi, Keselamatan, Gender, Belia, Kos Sara Hidup, Perundangan, dan Mobilisasi.

“Selain Jawatankuasa Pendidikan dan Kesihatan, pengerusi bagi jawatankuasa-jawatankuasa yang lain akan diumum selepas mesyuarat pertama jawatankuasa tersebut.

“Keanggotaan jawatankuasa juga boleh dikembangkan untuk melibatkan pakar-pakar atau mana-mana pihak yang difikir bersesuaian dengan bidang tanggungjawab jawatankuasa tersebut, katanya dalam sebuah kenyataan menerusi Facebook semalam.

Dalam kenyataan tersebit turut menyatakan bahawa kerajaan tidak lagi mampu memimpin negara.

Tambahnya, dari segi Politik, kerajaan ini kekal sebagai kerajaan minoriti yang tidak stabil hal ini kerana ekonomi negara terus muram dan lesu dengan timbunan hutang, kehilangan pelabur asing dan angka pengangguran yang terus meningkat dari semasa ke samasa.

“Dari segi kesihatan awam kegagalan kerajaan menangani pandemik COVID-19 semakin ketara jika dilihat lembabnya program vaksinasi dan bersimpang siurnya arahan PKP.

Malahan, akibat kesilapan demi kesilapan kerajaan ini menghantui kita, kompaun yang keterlaluan; amalan budaya ‘Antara Dua Darjat’ berleluasa SOP caca merba lagi mengelirukan, Darurat yang langsung tidak berjaya mengawal penularan pendemik, malah keadaan menjadi semakin kritikal,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Antara jawatankuasa baharu PH:

Jawatankuasa Pendidikan

YB Dr Maszlee Malik (Pengerusi), Ahli Parlimen Simpang Renggam

YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Setiawangsa

YB Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Kulai

YB Datuk Dr Hasan Baharom, Ahli Parlimen Tampin

Jawatankuasa Kesihatan

YB DS Dr Dzulkefly Ahmad (Pengerusi), Ahli Parlimen Kuala Selangor

YB Dr Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Gopeng

YB Dr Kelvin Yii, Ahli Parlimen Bandar Kuching

YB Datuk Wira Dr Hatta Ramli, Ahli Parlimen Lumut

YB Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Bayan Baru

YB Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Bangi

Jawatankuasa Ekonomi

YB Wong Chen, Ahli Parlimen Subang

YB Tony Pua, Ahli Parlimen Damansara

YB DS Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor

Jawatankuasa Keselamatan

YB Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Kota Raja

YB Datuk Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani

YB Senator Liew Chin Tong

Jawatankuasa Gender

YB Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan

YB Chong Eng, ADUN Padang Lalang

YB Senator Aiman Athirah

Jawatankuasa Belia

YB Akmal Nasir, Ahli Parlimen Johor Bahru

YB Howard Lee, ADUN Pasir Pinji

Sdr Shazni Munir

Jawatankuasa Kos Sara Hidup

YB Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang

YB Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, Ahli Parlimen Hulu Langat

YB Chong Chieng Jen, Ahli Parlimen Stampin

Jawatankuasa Perundangan

YB Hanipa Maidin, Ahli Parlimen Sepang

YB William Leong, Ahli Parlimen Selayang

YB Ramkarpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor

Jawatankuasa Mobilisasi

YB Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Kota Raja

YB DS Shamsul Iskandar, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya

YB Steven Sim, Ahli Parlimen Bukit Mertajam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *