in ,

JANGAN PUTAR BELIT KENYATAAN AHMAD MASLAN

Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa agar kenyataan Setiausaha Agung UMNO dan Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Maslan berkenaan kes mahkamah yang melibatkan ahli kepimpinan UMNO tidak diputarbelitkan.

Menurut beliau, apa yang sebut oleh Setiausaha Agung UMNO itu adalah mengenai ketidakadilan yang dibuat terhadap pemimpin UMNO yang dihadapkan ke mahkamah pada zaman Pakatan Harapan tetapi tidak diperbetulkan oleh kerajaan Perikatan Nasional.

Jelas Najib, ketika pentabiran Pakatan Harapan beberapa pemimpin UMNO dikenakan tindakan mahkamah selepas didakwa menerima dana politik daripadanya, namun, tindakan yang sama tidak dikenakan kepada ahli UMNO yang lompat parti seperti Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Berita selanjutnya menyusul.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

UMNO PERLU WASPADA SERANGAN BALAS PPBM

LEMBAGA DISIPLIN BOLEH SIASAT ANNUAR MUSA JIKA ADA ADUAN RASMI