in ,

James Masing: Warisan Takut Tuntut Hak Minyak, Gas Dari Tun M

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing mendakwa pimpinan Warisan Sabat tidak menuntut hak minyak dan gas daripada Putrajaya kerana “takut” kepada Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Susulan kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Gapari Kitingan yang menyatakan bahawa Sabah berusaha memeterai perjanjian komersial dengan Petronas seperti dilakukan Sarawak, James Masing berkata Sarawak pernah mengajak kerajaan Sabah pimpinan Warisan untuk turut memfaillan sama terhadap Petronas berhubung 5% cukai jualan produk petroleum.

Beliau turut membidas menyatakan kerajaan Sarawak mahukan Warisan berhenti berpura-pura memperjuangkan hak kedua-dua negeri Borneo.

“Tetapi, saya ditegur oleh seorang menteri Warisan yang menyifatkan saya sebagai seorang budak nakal yang kurang berdisiplin.”

“Sebab kenapa Warisan enggan menyertai kami, kerana mereka takut kepada Mahathir yang merupakan perdana menteri sebelum kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan.”

Sejak Januari 2019, kerajaan Sarawak telah mengenakan 5% cukai jualan daripada Petronas bawah Ordinan Cukai Jualan 1998 negeri tetapi enggan dibayar dan menjurus kepada proses kehakiman.

Petronas dan Sarawak telah memeterai perjanjian berhubung perkara berkenaan dan Petronas telah bersetuuk membayar cukai jualan dan meyepakati perjanjian komersial berhubung pengurusan sumber minyak dan gas di negeri itu.

Berita selanjutnya menyusul. 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

UMNO Kelantan Warns PAS: Ditch MN And We Will Contest Against You

Malaysia Will Suffer If Corrupt Politicians Continue To Walk Free