in ,

JAMAL YUNOS BAKAR KERANG DI PUTRAJAYA

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos sememangnya terkenal dengan aksi-aksi simbolik untuk menyampaikan mesej tersirat buat isu yang beliau juarai.

Baru-baru ini, demi membantah kegagalan Jabatan Perikanan Malaysia membendung aktiviti mencuri benih kerang, beliau bertindak membakar kerang dan menyerahkan memorandum bantahan ke jabatan itu.

Sama seperti membakar kerang di Pejabat Perikanan Daerah Sabak Bernam pada Isnin lalu, beliau meneruskan aktiviti itu sebagai protes kepada jabatan itu yang gagal membendung aktiviti mencuri benih kerang di sekitar pesisir pantai Sungai Leman, Sekinchan sejak sebulan lalu.

Beliau hadir ke jabatan itu bagi menyerahkan sendiri memorandum kepada Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Ahmad Tarmidzi Ramly supaya tindakan segera diambil.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

AHLI PARLIMEN UMNO DALAM KERAJAAN, GLC SEDIA LETAK JAWATAN?

MCA TERKILAN PELUCUTAN JAWATAN ANNUAR MUSA