in ,

JAIS tidak kenakan bayaran perkhidmatan uruskan jenazah pesakit Covid-19

Shah Alam: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pihak keluarga atau waris bagi menguruskan jenazah pesakit Covid-19 di beberapa hospital di negeri itu.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, perkhidmatan pengurusan jenazah yang dilaksanakan oleh JAIS adalah percuma dan hanya pengurusan tanah perkuburan, termasuk kos membuat kerana jika perlu sahaja perlu dibayar oleh waris.

“Kos pengurusan adalah antara RM120 dan RM300 sekiranya tanah perkuburan di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) manakala kos tidak melebihi RM500 bagi kubur kariah,” katanya.

Sehingga 10 Ogos, JAIS sudah menguruskan 776 jenazah pesakit Covid-19 membabitkan jenazah dari Hospila Sabak Bernam (370), Hospital Tengku Ampuan Rahimah (357), Hospital Ampang (142), Hospital Serdang (73), Hospital Kajang (71), Hospital Banting (44), Hospital Shah Alam (13), Hospital Tanjung Karang (8) dan 20 jenazah di hospital swasta.

Kata beliau, Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGOi) yang ingin membantu JAIS dalam pengurusan jenazah COVID-19 di hospital-hospital negeri itu perlu mengikut beberapa syarat ditetapkan jabatan berkenaan.

“Perkhidmatan diberikan JAIS adalah berasaskan tugas kesukarelawanan dan tiada sebarang bayaran dikenakan manakala sebarang caj dikenakan pihak NGOi terbabit hendaklah mengikut kadar munasabah ditetapkan oleh hospital dan semua petugas beragama Islam,” tambahnya.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dana RM2 Juta, Ahli Parlimen Pontian mengaku tidak bersalah

Pfizer vaksin COVID-19 pertama yang mendapat kelulusan penuh FDA