in ,

Isu video lucah, Hun Haqeem serah pada pengurusan

Pelakon yang sedang berdepan kontroversi, Hun Haqeem menyerahkan isu video ‘panas’ yang tersebar sejak minggu lalu kepada syarikat pengurusannya, Metrowealth International Group (MIG) untuk diselesaikan.

Memetik laporan Berita Harian, Hun enggan memanjangkan cerita sensasi itu, kerana mahu memberi tumpuan kepada kerjaya seni terutama komitmen di lokasi penggambaran sekarang.

“Saya serahkan segala-segalanya kepada pihak pengurusan untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap penyebar video terbabit.

“Saya mahu memberi tumpuan kepada kerjaya seni dan sedang melunaskan baki penggambaran drama Angkara Cinta.

“Saya memohon maaf kepada mana-mana pihak termasuk teman wartawan kerana mengambil pendekatan berdiam diri ketika kontroversi video itu tercetus,” katanya.

Hun berkata, kontroversi berkenaan tercetus apabila video yang memaparkan wajah pelaku dikatakan mirip pelakon drama popular, Kampung People itu sedang melakukan aksi tidak senonoh, viral di laman sosial.

Semalam, MIG turut memuat naik video berdurasi dua minit memaparkan Pengarah Urusannya, David Teo memberi amaran dan akan mengambil tindakan tegas terhadap penyebar video terbabit.

Menerusi video itu, David berkata, pihaknya sudah mengenal pasti penyebar video terbabit dan memandang serius perbuatan menyebarkan rakaman seumpama itu.

“Banyak artikel, video dan foto disebarkan di platform media sosial seperti Twitter, Youtube dan lain-lain.

“Saya sudah berunding dengan peguam dan kami sudah mengenal pasti penyebar video dan berita palsu membabitkan Hun.

“Saya tidak teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya kepada semua pihak yang terbabit dan semua bukti sudah dirakam.

“Saya harap sesiapa yang menyebar video, foto dan artikel, sila turunkan atau padam sebelum tindakan undang-undang diambil,” katanya. – BERITA HARIAN

 

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sekuel Black Panther terasa aneh tanpa Chadwick Boseman

Bayar gaji pekerja BDR seperti biasa