in ,

Isu KWSP bukan mahu jatuhkan kerajaan PN

KUALA LUMPUR- Pemuda UMNO menyokong penuh ketetapan Barisan Nasional (BN) mengenai kebenaran pengeluaran akuan satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara sekaligus sebanyak RM10,000.

Namun, Pemuda UMNO mengingatkan mana-mana pihak agar tidak menuduh BN cuba menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) apabila meletakkan syarat itu untuk menyokong Belanjawan 2021.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sebaliknya kerajaan PN perlu mempertimbangkan syarat itu kerana ia merupakan permintaan rakyat dan tidak sewajarnya suara akar umbi diabaikan.

Bagi yang tidak setuju katakan sahaja tidak setuju dan alasannya. Tak perlu buat sangkaan pelbagai kononnya nak jatuhkan kerajaan.

Cubalah selami suara hati rakyat majoritinya sesak dan terdesak dalam kecemasan kini, hingga menagih dan mengharapkan duit mereka sendiri untuk dikeluarkan.

“Apabila Pemuda UMNO suarakan sokongan, ia hanyalah manifestasi suara rakyat yang perlu kita sama-sama perjuangkan.

“Jangan nanti kita dihukum rakyat akibat kesombongan kita dalam menafikan suara hati mereka buat kesekian kalinya!” katanya di laman Facebooknya pagi ini.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa kerajaan mempertimbangkan cadangan pengeluaran wang akuan satu KWSP berjumlah RM10,000 secara sekali gus sebelum Bajet 2021 diluluskan kerana ia benar-benar diperlukan rakyat.

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

15 NEGARA BAKAL TANDATANGANI RCEP

Darurat yang diisytiharkan tidak jejaskan kehidupan rakyat – PM