in ,

Israel dikecam bekal senjata kepada Azerbaijan

BAITULMAQDIS: Israel, yang menjadi pembekal senjata utama kepada Azerbaijan, dikecam Armenia yang terbabit dalam perebutan kawasan Nagorno-Karabakh di wilayah Caucasus.

Armenia, yang dilihat sebagai negara yang rapat kepada seteru Israel, Iran, baharu saja membuka kedutaannya di Tel Aviv pada 17 September lalu tetapi memanggil pulang dutanya sebagai bantahan terhadap jualan senjata kepada Azerbaijan.

Walaupun Presiden Israel, Reuven Rivlin, menghubungi rakan sejawatnya di Armenia, Armen Sarkissian, bagi meredakan keadaan, negara Yahudi itu menegaskan agak sukar menghentikan eksport senjata kepada Azerbaijan.

Ketegangan hubungan diplomatik Israel-Armenia bermula selepas laporan media berdasarkan data pengesan penerbangan, Flightradar 24, mendedahkan ada pesawat kargo Azerbaijan berlepas dari selatan Israel.

Anggota tentera Karabakh melepaskan bedilan ke arah Azeri dalam pertempuran berterusan di wilayah Nagorno-Karabakh. – Foto AFP

Difahamkan, pesawat dikendalikan syarikat Azerbaijan, Silk Way, itu berlepas dari Lapangan Terbang Ramon dekat pangkalan tentera Ovda, sejurus sebelum perang dengan Armenia meletus.

Malah, sebelum ini Azerbaijan sudah lama memberi senjata daripada Israel sehingga Armenia pernah memaklumkan kebimbangan mereka kepada duta Israel pada 2012.

Walaupun kementerian pertahanan Israel tidak mendedahkan jualan senjata negara itu, Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev, pada 2016 pernah berkata negaranya membeli senjata bernilai AS$4.85 bilion (RM20 bilion) daripada regim Zionis itui.

Media Israel melaporkan, Elbit Systems menjual dron dilengkapi senjata kepada Azerbaijan, yang memberi kelebihan dalam perang terhadap Armenia terutama di kawasan gunung yang menjadi kubu kuat musuh.

Penasihat presiden Azerbaijan, Hikmet Hajiyev, memberitahu laman media Walla di Israel bahawa negara itu menggunakan ‘dron pembunuh’ buatan Israel yang boleh diletupkan di mana-mana sasaran di Nagorno-Karabakh. – AFP

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berlian sukar ditemui dilelong RM65 juta

Boleh bayar caj parkir guna aplikasi JomParking mulai esok – DBKL